Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Neo QLED TV dan Peti Sejuk BESPOKE kini rasmi di Malaysia

Samsung Malaysia

Samsung secara rasminya telah melancarkan barisan produk terbaru mereka bagi tahun 2023 yang mampu meningkatkan pengalaman hiburan dirumah.

Samsung Neo QLED TV dan peti sejuk BESPOKE kini telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia yang memberikan pengguna tempatan akses kepada produk dan inovasi terbaru Samsung.

Samsung Neo QLED TV ini hadir dengan teknologi terkini yang termasuk Neural Quantum Processor 8K yang memanfaatkan AI dan teknologi pembelajaran mesin untuk memastikan setiap butiran pada skrin lebih memuaskan. Televisyen ini juga memiliki teknologi seperti Auto HDR Remastering, Real Depth Enhancer Pro dan Perceptional Color Mapping serta EyeComfort Care.

Selain itu, Samsung Neo QLED TV juga memiliki pembesar suara ‘top chanel’ dengan Dolby Atmos bersama ciri Adaptive Sound Pro dan pengalaman Gaming yang lebih memuaskan dengan Gaming Hub.

Seterusnya, pengalaman gaming 4K pada televisyen pintar terbaru Samsung ini juga dipertingkatkan dengan ciri Motion Xcelerator Turbo Pro dan FreeSync Premium Pro serta gaming pada kadar segar semula 144Hz.

 

Berikut adalah harga Samsung Neo QLED TV di Malaysia :

  • 85′ Neo QLED 8K QN900C – RM43,699 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q990C bernilai RM6,49
  • 75″ Neo QLED 8K QN900C – RM28,699 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q930C bernilai RM4,999
  • 65″ Neo QLED 8K QN900C – RM21,699 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q930C bernilai RM4,999
  • 85″ Neo QLED 8K QN800C – RM32,699 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q8000C bernilai RM3,999
  • 75″ Neo QLED 8K QN700C – RM18,199 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2,999
  • 65″ Neo QLED 8K QN700C – RM15,199 – percuma Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2,999

Berikut adalah harga bagi Samsung Neo QLED 4K :

  • 85″ Neo QLED 4K QN95C – RM 24,199
  • 75″ Neo QLED 4K QN95C – RM 19,199
  • 65″ Neo QLED 4K QN95C – RM 13,399
  • 55″ Neo QLED 4K QN95C – RM 11,199
  • 85″ Neo QLED 4K QN85C – RM 18,599
  • 75″ Neo QLED 4K QN85C – RM 13,599
  • 65″ Neo QLED 4K QN85C – RM 9,599

Kesemua model Neo QLED 4K di atas akan menerima Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599 secara percuma.

  • 85″ Neo QLED 4K Q80C – RM 15,199
  • 75″ Neo QLED 4K Q80C – RM 11,199
  • 65″ Neo QLED 4K Q80C – RM 7,199
  • 55″ Neo QLED 4K Q80C – RM 5,999

Kesemua model Neo QLED 4K di atas akan menerima Q-Series Soundbar HW-HW-B650 bernilai RM1,499 secara percuma

Untuk menikmati tawaran ini, anda boleh mendapatkan televisyen ini di Samsung Malaysia Online Store https://www.samsung.com/my/tvlaunch-2023.

Selain Samsung Neo QLED TV, Samsung juga memperkenalkan peti sejuk BESPOKE yang tampil didalam pelbagai kombinasi warna yang boleh disesuaikan mengikut tema dapur rumah anda.

Peti penyejuk BESPOKE ini tampil dengan teknologi seperti Optima Fresh+, penggunaan bersama aplikasi SmartThings dan 20 tahun jaminan waranti bagi motor (kompresor)

Peti sejuk BESPOKE ini tampil didalam dua kemasan iaitu Clean Glass yang tahan calar dan mudah dibersihkan selain kemasan Cotta (matte) dengan kapasiti dari 404L hingga 476L dengan harga dari RM 3,199 sehingga RM 3,399.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.