Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan akan dilancarkan sebelum Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5

 

Samsung Galaxy S21 FE

Samsung dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melancarkan Samsung Galaxy S23 FE lebih awal selepas penurunan ketara jualan Galaxy S23 Series.

Prestasi Galaxy S23 Series dilaporkan telah menyebabkan Samsung ingin melancarkan Galaxy S23 FE sebelum pelancaran Galaxy Z Fold5 san Flip5 yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Julai atau Ogos.

Samsung Galaxy S23 FE dikatakan sebagai sebuah peranti bajet yang memiliki spesfikasi yang sama seperti Galaxy S23 dan telefon ini dilaporkan akan dijana cip Exynos 2200, sensor utama 50MP, bateri 4,500mAh, 6GB/8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Sebelum ini, Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan akan dilancarkan selepas Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.