Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acer Predator Helios 18 dan Helios 16 kini rasmi di Malaysia – dari RM 8,999

Acer Predator Helios 18 dan Helios 16

Acer secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba gaming Predator Helios Series terbaru mereka di Malaysia iaitu Helios 16 dan Helios 18 yang hadir dengan  cip pemprosesan Intel Core Gen-13 dan GPH NVIDIA GeForce RTX 40 Series.

Predator Helios 16 dan Helios 18 tampil dengan  keupayaan multitasking yang sangat cekap semasa bermain permaina dengan  rekaan baharu sepenuhnya dan sistem pengurusan haba yang dipertingkatkan.

Kedua-dua komputer riba gaming Helios 16 dan Helios 18 ini tampil dengan skrin paparan 16-inci dan 18-inci dengan resolusi WQXGA (2560×1600) dan kadar segar semula sehingga 240 Hz. Paparan ini juga mempunyai kecerahan sehingga 500nits dan 100% liputan gamut warna DCI-P3.

Selain itu, cip generasi baru Intel Core ini juga dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 32GB DDR5-5600 Mhz RAM dan storan dalaman SSD PCIe Gen4 NVMe sehingga 2TB.

Seterusnya, komputer riba Predator Helios baharu ini juga menampilkan penyelesaian terma yang dipertingkatkan dengan dua kipas logam AeroBlade 3D generasi ke-5 dan paip haba vektor dalam bentuk segi empat tepat untuk pelesapan haba yang lebih baik.

Acer Predator Helios 16 dan Helios 18 akan ditawarkan di Malaysia mulai Mei 2023 pada harga serendah dari RM 8,999  namun pra-tempahan boleh dilakukan di stor konsep yang terpilih dengan ganjaran bernilai sehingga RM 1,600 yang termasuk monitor XV272, beg galas Predator Urban Gaming, patung Chibi Predator R6 dan Acer SuperCare 2 yang menyediakan jaminan selama 3 tahun dengan perlindungan kerosakan dan kecurian.

Berikut adalah harga Acer Predator Helios 16 dan Helios 18 di Malaysia :

Acer Predator Helio 18

Predator Helios 18 PH18-71-936G – RM 12,999

Predator Helios 18 PHI8-71-99FQ – RM9,999

Acer Predator Helios 16

Predator Helios 16 PH16-71-97G1 – RM 11,999

Predator Helios 16 PH16-71-97YG RM8,999

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.