Xiaomi 13 Ultra akan dilancarkan secara rasmi pada 18 April ini
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan pelancaran Xiaomi 13 Ultra pada 18 April ini dan lebih penting, ianya adalah pelancaran global.
Gambar yang dikongsikan oleh pihak Xiaomi mendedahkan telefon pintar ini akan tampil dengan modul kamera gergasi yang menampilkan 4 sensor yang terhasil dengan kerjasama Leica.
Selain itu, Leica juga telah mengesahkan bahawa 13 Ultra akan tampil sistem kamera unik yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar dan ianya juga akan memiliki lensa Summicron yang baharu.
Dari segi spesifikasi, sensor kamera yang akan digunakan Xiaomi 13 Ultra dikatakan sebagai satu sensor utama 1″ 50MP IMX989, sensor ultrawide 50MP, sensor telefoto 50MP dan satu lagi sensor telefoto 50MP dengan lensa periskop.
Memandangkan ianya adalah pelancaran global, Xiaomi dijangka akan mengumumkan harga dan tarikh jualan bagi utama dunia yang mungkin termasuk Malaysia.