realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition kini rasmi di Malaysia – RM 1,399
realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan peminat tempatan boleh mula mendapatkanya mulai esok pada harga RM 1,399.
Malaysia adalah antara 5 negara yang terpilih untuk menerima telefon pintar edisi khas Coca-Cola ini dan ianya terhad kepada 6,000 unit sahaja diseluruh dunia.
Telefon pintar edisi khas ini menampilkan elemen reka bentuk klasik Coca-Cola dengan kombonasi warna merah & hitam. Reka bentuk panel belakang asimetri 70/30 menyerlahkan logo Coca-Cola dengan tiga titik hitam dan tujuh titik merah, menjadikan logo klasik itu dapat dikenali serta-merta. Coke red memberikan perasaan yang positif, awet muda dan bertenaga.
Selain itu, realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition ini akan turut menampilkan animasi pengecasan bertema coke, ikon aplikasi, sim tray ejector seperti penutup botol kaca coca cola, 30 pelekat istimewa coca cola dan banyak lagi.
realme 10 Pro edisi khas ini akan tampil dengan spesifikasi yang sama seperti realme 10 Pro 5G dan ianya akan memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan ditawarkan pada harga RM 1,399 dengan jualan di stor rasmi realme TikTok akan bermula pada 13 April diikuti jualan di realme brand store pada 14 April 2023.