Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch GT Cyber dan MatePad 11 2023 tiba di Malaysia pada 6 April ini

HUAWEI telah mengumumkan bahawa jam pintar HUAWEI Watch GT Cyber akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 April ini.

HUAWEI Watch GT Cyber adalah jam pintar yang hadir dengan kerangka jam yang mudah ditukar, skrin AMOLED 1.39″ dan ketahanan gred kenteteraan.

Ia mempunyai pelbagai ciri  kecergasan, termasuk pemantauan kadar jantung, penjejakan tidur dan pemantauan tekanan. Ia juga mempunyai jangka hayat bateri yang panjang sehingga dua minggu.

HUAWEI Watch GT Cyber akan ditawarkan secara eksklusif di semua kedai Urban Republic mulai 6 April 2023 ini.

Selain itu, HUAWEI juga telah mengesahkan bahawa tablet HUAWEI MatePad 11 turut  tiba di pasaran Malaysia pada 6 April 2023.

HUAWEI MatePad 11 memiliki skrin paparan 2.5K berukuran 11.0-inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 7,250mAh, antaramuka HarmonyOS 3.1 dan sokongan HUAWEI M-Pencil.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.