OnePlus 11 Jupiter Rock kini rasmi – rekaan panel berasaskan permukaan planet Musytari
OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan OnePlus 11 Jupiter Rock yang merupakan edisi khas telefon pintar flagship syarikat ini.
OnePlus 11 Jupiter Rock direka berdasarkan permukaan planet Musytari yang merupakan planet terbesar didalam Sistem Solar dan setiap unit mempunyai corak yang berbeza dibangunkan melalui proses “3D microcrystalline rock”
OnePlus berkata proses R&D telefon pintar ini mengambil masa lebih dari satu tahun dan setiap panel akan melalui 9 proses rumit sebelum dipasangkan pada OnePlus 11.
Selain itu, OnePlus juga berkata peratusan kecekapan pengeluaran panel ini hanya 25%, berbanding dengan panel kaca hijau, di mana hasil adalah sekitar 50%.
Akhir sekali, OnePlus 11 edisi khas ini memiliki spesifikasi yang sama seperti OnePlus 11 yang biasa namun hanya ditawarkan didalam varian 16/512GB.
OnePlus 11 Jupiter Rock hanya ditawarkan dipasaran China sahaja setakat ini.
Baca : ULASAN : OnePlus 11 5G – Kembalinya sebuah peranti flagship killer