Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A14 kini di Malaysia dengan 2 tahun jaminan waranti

Samsung Galaxy A14 kini di Malaysia dengan 2 tahun jaminan waranti 5

Samsung secara rasminya telah mengesahkan penawaran satu lagi model Galaxy A Series untuk pasaran Malaysia iaitu Samsung Galaxy A14 pada harga RM 799 sahaja.

Samsung Galaxy A14 tampil dengan rekaan yang agak premium apabila dibandingkan dengan telefon lain pada tahap harga yang sama dan ianya memiliki skrin paparan Infinity-V berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+.

Selaras dengan komitmen Samsung Galaxy for the Planet, plastik kitar semula juga telah digunakan pada pembuatan komponen peranti manakala aksesori diperbuat dari TPU berasaskan bio, berserta dengan pembungkusan menggunakan kertas kitar semula.

Dari segi dalaman, Samsung Galaxy A14 dikuasakan dengan cip Exynos 850, 6GB RAM bersama ciri RAM Plus, storan dalaman 128GB dan sokongan kad microSD sehingga 1TB.

Samsung Galaxy A14 kini di Malaysia dengan 2 tahun jaminan waranti 6

Beralih ke kamera, telefon pintar ini memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide  5MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah unit 13MP.

Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy A14 adalah bateri berkapasiti 5,000mAh berserta pengecasan pantas 15W sensor capjari pada butang kuasa, dan One UI 5.1 akan turut menerima 2 kemaskini OS Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.

Samsung Galaxy A14 akan ditawarkan mulai 15 Mac ini pada harga RM 799 di mana-mana Samsung Experience Store, Peruncit Rasmi Samsung dan Samsung Online Store.

Nikmati jaminan lanjutan 1 tahun secara percuma dengan setiap pembelian Galaxy A14 dEi 9 Mac hingga 31 Disember 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.