Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 4 April ini

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G

OnePlus secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar OnePlus Nord CE 3 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 4 April ini.

Majlis pelancaran OnePlus Nord CE 3 Lite ini sebelum ini telah disahkan akan oleh OnePlus India namun ianya turut akan menjadi rasmi di Malaysia pada hari yang sama.

Nord CE 3 Lite 5G boleh dikategorikan sebagai telefon pintar kelas entry-level 5G syarikat ini dan ianya dijangka akan tampil dengan harga jualan yang amat berpatutan kepada pengguna.

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 4 April ini 5

Selain itu, OnePlus juga telah mengesahkan pelancaran earbuds terbaru OnePlus Nord Buds 2 pada tarikh yang sama.

Majlis pelancaran OnePlus Nord CE 3 Lite 5G dan Nord Buds 2 akan berlangsung pada jam 9.30 malam pada 4 April ini.

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 4 April ini 6

Layari laman rasmi OnePlus Malaysia dan tekan ‘notify me’ untuk peluang memenangi salah satu daripada dua unit Nord CE 3 Lite 5G.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.