Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 1,599

Samsung secara rasminya telah melancarkan generasi baharu telefon pintar kelas midrange Galaxy A Series iaitu Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34 di pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy A54 adalah model yang lebih kompak dimana ianya memiliki skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta sokongan Vision Booster.

Dalam pada itu, Galaxy A34 pula memiliki panel skrin Super AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster.

Samsung Galaxy A54 dikuasakan dengan cip 5mm Exynos 1380 manakala Galaxy A34 pula tampil dengan cip daripada MediaTek iaitu Dimensity 1080 namun kedua peranti ini disertakan bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB (dipasaran Malaysia).

Selain itu, kedua model ini tampil dengan pensijilan IP67, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

Beralih ke kamera, Samsung Galaxy A54 memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor makro 5MP. Terdapat juga kamera selfie 32MP pada bahagian hadapan.

Seterusnya , Samsung Galaxy A43 memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 5MP. Terdapat juga kamera selfie 13MP pada bahagian hadapan.

Samsung Galaxy A54 5G akan tersedia dalam empat pilihan warna iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White pada harga RM 1,899

Galaxy A34 5G hadir didalam empat pilihan warna iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome Silver pada harga RM 1,599

Pra-tempahan bagi Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34 kini telah dibuka dengan dua tahun jaminan waranti dan percuma Galaxy Buds Live.

Jualan rasmi akan bermula pada 7 April dengan pemberian percuma case dan dua tahun waranti.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.