Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M54 kini rasmi dengan skrin Super AMOLED 120Hz dan sensor 108MP

Susulan pelancaran Samsung Galaxy A54 dan A34 minggu lalu, Samsung juga telah memperkenalkan Samsung Galaxy M54 secara rasmi dipasaran Timur Tengah.

Samsung Galaxy M54 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 120Hz berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan vision booster. Ianya dijana cip Exynos 1380 , 8GB RAM dan dua storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Selain itu, Galaxy M54 juga memiliki sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, Samsung Galaxy M54 juga disertakan bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 25W, antaramuka OneUI 5.1 berasaskan Android 13 dan lapisan gelas Corning Gorilla Glass 5 dihadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.