realme GT Neo5 SE dan Redmi Note 12 Turbo disahkan akan guna cip Snapdragon 7+ Gen 2
Xiaomi dan realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa cip Snapdragon 7+ Gen 2 yang dilancarkan baru-baru ini akan digunakan pada telefon pintar keluaran mereka tidak lama lagi.
Akaun Weibo kedua syarikat ini telah mengesahkan bahawa model telefon pintar yang akan dilancarkan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 ini adalah redmi Note 12 Turbo dan realme GT Neo5 SE.
Selain itu, satu lagi model yang akan menggunakan cip SD 7+ Gen 2 ini adalah poco F5 yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan Qualcomm turut dilaporkan akan memperkenalkan cip Snapdragon 685 yang akan digunakan pertama kali pada redmi Note 12 4G.
Xiaomi Redmi Note 12 Turbo mungkin akan diperkenalkan pada pelancaran global Xiaomo 12 Series pada 23 Mac ini dan ianya dijangka akan tampil dengan skrin paparan AMOLED 120Hz FHD+ berukuran 6.67-inci, sensor utama 50MP dan bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 67W.
Dalam pada itu, realme GT Neo5 SE pula dilaporkan akan hadir dengan skrin AMOLED 144Hz, sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP, sensor sampingan 2MP. Selain cip Snapdragon 7+ Gen 2, realme GT Neo5 SE akan memiliki sehingga 16GB RAM, storan dalaman 512GB dan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.