Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find X6 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Mac ini

OPPO secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar flagship 2023 mereka iaitu OPPO Find X6 Series dan OPPO Pad 2 pada 21 Mac ini.

OPPO Find X6 dilihat akan tampil dengan panelĀ belakang yang diperbuat daripada kulit, modulĀ kamera bulat yang memiliki lensa periskop dan teknologi kamera Hasselblad.

Seperti pernah dilaporkan, OPPO Find X6 Series akan terdiri daripada dua model iaitu Find X6 yang akan menggunakan cip Dimensity 9200 manakala Find X6 Pro akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2.

Dalam pada itu, OPPO Pad 2 mempunyai banyak persamaan dengan OPPO Pad yang pertama iaitu dengan skrin 11″ IPS LCD dan bateri 8,360mAh namun akan memiliki cip pemprosesan yang lebih berkuasa tinggi.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah pelancaran untuk pasaran China sahaja, pelancaran global mungkin berlangsung tidak lama selepas itu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.