Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic5 Pro dan Magic Vs disahkan akan tiba di Malaysia pada awal bulan April

Honor Magic5 Pro

Honor Magic5 Pro

Honor telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship terbaru syarikat ini iaitu Honor Magic5 Series dan Honor Magic Vs akan memasuki pasaran Malaysia pada awal bulan April.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia Justin Li mengesahkan jenama tersebut sedang  melakukan persiapan untuk ketibaan dua flagship terbaharu, Siri HONOR Magic5 dan telefon boleh lipat HONOR Magic Vs.

Selain itu, Li juga berkata bahawa Malaysia dipilih sebagai negara pertama di luar China untuk menawarkan telefon pintar terbaru Honor ini.

Ketahui pengalaman baharu yang ditawarkan HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs di https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.