Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 telah dilancarkan untuk pasaran global di MWC 2023 –
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship 2022 mereka untuk pasaran global iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem kamera yang dibangunkan bersama Leica.
Xiaomi 13 Pro
Xiaomi 13 Pro tampil dengan skrin paparan 2K (WQHD+) berukuran 6.73-inci yang menggunapakai panel LTPO 2.0 dengan kadar segar semula AdaptiveSync Pro 120Hz dan dilapisi gelas Corning Gorilla Victus.
Skrin paparan ini juga mempunyai kadar kecerahan maksima 1,900nits, 1920Hz DC Dimming, sokonga HDR10+ dan Dolby Vision.
Pada bahagian kamera, Xiaomi 13 Pro memiliki tiga sensor iaitu sensor utama 1.0-inci 50MP Sony IMX989 yang digunakan pada Xiaomi 12S Ultra sebelum ini dan ianya mempunyai aperture f/1.6 dan Hyper OIS. Kamera Xiaomi 13 Pro juga mendapat lensa dan pengimejan LEICA.
Dua sensor lain adalah sensor telefoto 50MP dan sensor ultrawide 50MP dengan 115⁰ FOV. Semua sensor ini juga menyokong mod malam dan rakaman video 4K 60fps.
Bateri yang dimiliki Xiaomi 12 Pro adalah 4,600mAh dengan pengecasan pantas 120W dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar 50W. Xiaomi juga menyertakan cip Surge G1 untuk menguruskan tenaga pengecasan.
Selain itu, Xiaomi 13 Pro juga memiliki pembesar suara stereo Dolby Atmos, IR Blaster dan pensijilan kalis air dan habuk IP68.
Xiaomi 13 Pro ditawarkan didalam 2 warna iaitu Ceramic White dan Ceramic Black
Xiaomi 13 Pro ditawarkan didalam dua konfigurasi RAM LPDDR5 dan storan UFS 4.0 iaitu 12/256GB dan 12/512GB.
Xiaomi 13
Xiaomi 13 juga dilancarkan dengan cip flagship terbaru Qualcomm dan kamera yang dibangunkan bersama LEICA.
Xiaomi 13 hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.36-inci dengan kadar segar semula 120Hz AdaptiveSync dan HDR10+.
Skrin paparan ini juga memaparkan 68 bilion warna dengan kecerahan maksima sehingga 19000 nits. Xiaomi 13 juga mempunyai sensor capjari terbina dalam skrin dan panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus.
Xiaomi 13 tampil dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 2 seperti pada Xiaomi 13 Pro dan ianya dipadankan dengan beberapa kapasiti RAM LPDRR5X dan storan dalaman jenis UFS 4.0
Beralih kepada kamera, Xiaomi 13 tampil dengan sensor utama Sony IMX800 50MP f/1.8 dengan Hyper OIS, sensor ultrawide 1P dan sensor telefoto 10MP dengan 2x zoom. Kamera selfie Xiaomi 13 adalah 32MP.
Bercakap mengenai bateri, Xiaomi 13 memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W dan pengecasan tanpa wayar 50W. Pengecasan ini juga dilengkapi teknokogi Xiaomi Adaptive Charging.
Selain itu, Xiaomi 13 juga memiliki pembesar suara stereo Dolby Atmos, IR Blaster dan pensijilan kalis air dan habuk IP68.
Xiaomi 13 ditawarkan didalam kemasan belakang gelas yang terdiri daripada warna Black, White dan Floran Green.
Pelancaran Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro di Malaysia akan diadakan hari ini.
Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 kini rasmi di Malaysia – pra-tempahan dibuka pada harga dari RM 3,499