Xiaomi 13 Lite kini rasmi dengan skrin 120Hz AMOLED dan Snapdragon 7 Gen 1 – tidak ke pasaran Malaysia
Xiaomi 13 Series telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia sebentar tadi namun salah satu daripada model Xiaomi 13 Series iaitu Xiaomi 13 Lite tidak akan ditawarkan di Malaysia sekurang-kurangnya buat masa sekarang.
Xiaomi 13 Lite memiliki skrin paparan Curved AMOLED FHD+ berukuran 6.55-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga menyokong HDR10+, Dolby Vision dan liputan penuh DCI-P3.
Selain itu, Xiaomi 13 Lite juga dilengkapi cip Snapdragon 7 Gen 1, 8GB RAM jenis LPDDR4X dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB jenis UFS 2.2.
Beralih ke bahagian kamera, Xiaomi 13 Lite memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor ultrawide 8MP dengan 119° FoV dan sensor 2MP. Kamera selfie telefon pintar ini juga tidak kurang hebatnya dimana ianya memiliki dua sensor yang terdiri daripada satu 32MP dan satu sensor 8MP pada reka bentuk pil ditengah.
Selain itu, Xiaomi 13 Lite turut memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W, sokongan 5G , Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan NFC.
Xiaomi 13 Lite akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu are Lite Blue, Lite Pink dan Black pada harga sekitar (RM 2,356)