Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 – RM 999

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 - RM 999 1

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 - RM 999 2

realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar realme 10 4G untuk pasaran tempatan pada harga RM 999 .

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 - RM 999 3

realme 10 4G tampil dengan reka bentuk Light Particle Design yang merupakan telefon pintar ternipis realme dipasaran global dengan ukuran 7.95mm dan berat sekitar 178gram.

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 - RM 999 4

realme 10  tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci yang memiliki resolusi HD+, kecerahan maksima 1,000 nits dan kadar segar semula 90Hz serta dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 - RM 999 5

Selain itu, realme 10 dijana cip MediaTek Helio G99, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Turut disertakan sokongan Dynamic RAM yang memberikan tambahan sehingga 8GB dan slot microSD yang menyokong sehingga 1TB storan.

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 - RM 999 6

Beralih ke kamera, realme 10 akan memiliki sensor utama 50MP JN1 bersama sensor depth 2MP. Kamera selfie realme 10 4G ini adalah 16MP.

Selain itu, realme 10 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W yang mampu memberikan pengecasan penuh didalam masa 70 minit.

realme 10 4G juga mempunyai bicu audio 3.5mm, pembesar suara Hi-Res 200% UltraBoom dan turut telah menerima pensijilan TÜV SÜD 36-Month fluency rating A.

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 - RM 999 7

realme 10 4G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Clash White dan Rush Black pada harga RM 999.

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G99 - RM 999 8

realme 10 akan ditawarkan untuk pra-tempahan dari 14 Februari hingga 16 Februari di semua realme Brand Store dimana setiap pra-tempahan akan menerima 1 tahun waranti perlindungan skrin dan realme Band 2.

Dalam pada itu, realme 10 akan turut ditawarkan secara atas talian di stor rasmi realme Lazada dan Shopee dengan setiap pembelian akan menerima menerima 1 tahun waranti perlindungan skrin dan realme Band 2.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.