vivo X90 Pro dan vivo X90 kini rasmi di Malaysia dengan sensor kamera 1.0-inci – harga dari RM 3,699
vivo secara rasminya melancarkan vivo X90 Series akan dilancarkan di Malaysia sebentar tadi dan ianya mempunyai dua model iaitu vivo X90 dan vivo X90 Pro.
vivo X90 dan vivo X90 Pro akan tampil dengan skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. ianya adalah panel yang mengeluarkan output 10-bit warna dan kecerahan 1,300nits.
Selain itu, vivo X90 dan vivo X90 Pro dijana cip MediaTek Dimensity 9200, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB serta Funtouch OS 13 yang berasaskan Android 13.
Beralih kepada kamera, vivo X90 tampil dengan satu sensor utama 50MP IMX866 yang memiliki aperture f/1.75 dan OIS, satu sensor ultrawide 12MP IMX663 dan satu sensor telefoto 12MP IMX633 yang menawarkan 2x zoom optik.
vivo X90 Pro pula tampil dengan sensor utama 1-inci IMX989 dengan aperture f/1.75, sensor ultrawide 12MP dan sensor portrait 50MP yang juga menawarkan 2x zoom optik.Melengkapkan bahagian kamera ini adalah dengan penggunaan cip pengimejan V2 yang membantu pemprosesan imej dan gambar low-light yang lebih baik.
ke bahagian bateri, vivo X90 tampil dengan dwi-sel bateri berkapasiti 4,810mAh manakala vivo X90 Pro pula tampil dengan bateri 4,870mAh dan kedua-dua model ini menyokong pengecasan pantas 120W. vivo X90 Pro juga menyokong pengecasan tanpa wayar 50W namun hanya dengan pengecasan tanpa wayar khas yang dikeluarkan oleh syarikat ini.
Seterusnya, vivo X90 Pro akan ditawarkan di Malaysia didalam warna Legendary Black pada harga RM 4,999 manakala vivo X90 pula akan ditawarkan didalam warna Breeze Blue dan Asteroid Black pada harga RM 3,699
Setiap pembelian vivo X90 Pro akan menerima pakej Protection Plus yang bernilai RM 696, Joyoung Electric Baking Pan dan baucar Ogawa bernilai RM 50 manakala pembelian vivo X90 pula akan turut menerima pakej Protection Plus yang bernilai RM 696, satu unit vivo TWS Air dan baucar Ogawa bernilai RM 50.