Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan dilancarkan pada 10 Februari ini

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan dilancarkan pada 10 Februari ini 1

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar pertama Coca-Cola akan dilancarkan tidak lama lagi dan ianya akan dikenali sebagai realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition.

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition ini akan dilancarkan di pasaran India pada 10 Februari ini dan terdapat kemungkinan ianya akan ditawarkan dipasaran global.

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan dilancarkan pada 10 Februari ini 2

Telefon pintar edisi khas ini menampilkan elemen reka bentuk klasik Coca-Cola dengan kombonasi warna merah & hitam. Reka bentuk panel belakang asimetri 70/30 menyerlahkan logo Coca-Cola dengan tiga titik hitam dan tujuh titik merah, menjadikan logo klasik itu dapat dikenali serta-merta. CokeĀ® red memberikan perasaan yang positif, awet muda dan bertenaga.

realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition akan dilancarkan pada 10 Februari ini 3

Dalam pada itu, spesifikasi telefon pintar ini dijangka sama seperti realme 10 Pro 5G yang biasa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.