realme 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Februari ini
realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar realme 10 akan dilancarkan dipasaran tempatan pada 13 Februari ini.
realme sebelum ini telah menawarkan realme 10 Pro 5G dan realme 10 Pro+ 5G di Malaysia dan pelancaran ini adalah untuk model realme 10 yang ditawarkan didalam dua varian iaitu realme 10 4G dan realme 10 5G.
Walaubagaimanapun, memandangkan tiada sebarang simbol 5G pada poster jemputan, kita boleh mengandaikan bahawa realme 10 4G adalah model yang akan dilancarkan.
Jika tepat, realme 10 ini akan tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci yang memiliki resolusi HD+, kecerahan maksima 1,000 nits dan kadar segar semula 90Hz serta dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.
Selain itu, realme 10 akan dijana cip MediaTek Helio G99, tiga kapasiti RAM iaitu 4GB,6GB atau 8GB dan storan dalaman 64GB,128GB atau 256GB. Turut disertakan sokongan Virtual RAM yang memberikan tambahan sehingga 8GB dan slot microSD yang menyokong sehingga 1TB storan.
Beralih ke kamera, realme 10 akan memiliki sensor utama 50MP JN1 bersama sensor depth 2MP.
Akhir sekali, realme 10 dijangka akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W yang mampu memberikan pengecasan penuh didalam masa 70 minit.