Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Monitor Gaming Acer Nitro VG240YE dan Nitro VG270E kini di Malaysia pada harga dari RM 459

Acer Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran dua monitor gaming Acer Nitro VG240YE dan Nitro VG270E yang hadir sokongan kadar segar semula sehingga 100Hz pada resolusi FHD (panel IPS).

kedua-dua model baharu ini kini didatangkan dengan DisplayPort untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

Selain kadar penyegaran sehingga 100Hz, monitor Acer Nitro VG240YE dan Nitro VG270E juga menyokong masa tindak balas VRB 1ms dan teknologi AMD FreeSync untuk pengalaman tontonan yang lebih lancar.

Kedua monitor mampu milik Acer ini dilengkapi dengan panel IPS FHD,  untuk menyampaikan visual dengan gamut warna sRGB sehingga 99%.

Monitor ini mempunyai dirian tiga serampang yang bergaya dan ianya didatangkan dengan paparan tanpa bezel ZeroFrame.

Pendirian membenarkan pengguna mencondongkan monitor untuk sudut tontonan terbaik manakala sokongan pelekap VESA membolehkan pengguna memasangkannya dengan kebanyakan penyangga monitor pihak ketiga.

Monitor ini juga dilengkapi dengan teknologi Acer VisionCare yang terdiri daripada beberapa ciri untuk mengurangkan ketegangan mata untuk pengalaman menonton yang lebih selesa terutamanya dalam tempoh penggunaan yang berpanjangan .

Ciri-ciri yang ada pada monitor ini adalah termasuk BlueLightShield Pro yang mengurangkan cahaya biru sambil menghasilkan kualiti imej yang lebih baik tanpa mengorbankan ketepatan dan kecerahan warna.

Acer Nitro VG240YE 24-inci kini ditawarkan pada harga RM459 manakala Acer Nitro VG270E 27-inci pula boleh didapati pada harga RM549.

Ianya boleh dibeli di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada,

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.