Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 11R disahkan akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 – dilancar 7 Februari ini

Acara OnePlus Cloud 11 pada 7 Februari ini akan menyaksikan pelancaran global OnePlus 11 5G dan OnePlus Buds Pro 2. Walaubagaimanapun, pelancaran ini juga akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan beberapa produk baharu dan salah satu daripadanya adalah OnePlus 11R.

OnePlus kini telah mengesahkan bahawa OnePlus 11R akan dijana cip Smapdragon 8+ Gen 1 yang dilancarkan lewat pada tahun 2022.

Selain itu, OnePlus 11R juga dikatakan akan memiliki sehingga 16GB RAM, sehingga 512GB storan dalaman, skrin paparan AMOLED 120Hz dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 100W.

Selain itu, OnePlus 11R juga akan dilengkapi sensor utama 50MP tanpa teknologi kamera Hasselbad dan sensor selfie 16MP.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.