Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung mungkin kurangkan model Galaxy S24 Series kepada dua sahaja

Samsung baru sahaja mengesahkan pelancaran Samsung Galaxy S23 Series pada 1 Februari ini dan sudah mula kedengaran khabar angin yang melibatkan generasi Samsung Galaxy 24 Series.

Samsung Galaxy S23 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari ini

The Elec melaporkan bahawa Samsung bercadang untuk mengurangkan model Galaxy S24 kepada dua model sahaja iaitu Galaxy S24 dan Galaxy S24 Ultra berbanding tiga model ketika ini.

Menurut laporan, Samsung Galaxy S24 dirujuk sebagai  “DM” secara dalaman di Samsung dan terdapat dua projek yang sedang dalam pembangunan iaitu DM1 dan DM3 namun tiada model DM2 (Galaxy S24 Plus) . Ianya dikatakan bahawa DM1 adalah Galaxy S24 manakala DM3 adalah Galaxy S24 Ultra.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kemungkinan Samsung memperkenalkan semula DM2 dengan melihat kepada permintaan pasaran bagi Galaxy S23 Series terutamanya bagi Galaxy S23 Plus.

Bercakap mengenai Galaxy S23 Series, tiga model Samsung Galaxy S23 akan dilancarkan awal bulan hadapan iaitu Galaxy S23, Galaxy S23 Plus dan Galaxy S23 Ultra yang akan tampil dengan sensor 200MP.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.