Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Semua model Apple iPhone 15 dijangka akan hadir dengan Dynamic Island

Laporan terbaru daripada The Elec mendakwa bahawa Apple akan menawarkan reka bentuk pil Dynamic Island pada semua model Apple iPhone 15.

Dynamic Island telah diperkenalkan pada tahun 2022 melalui iPhone 14 Pro Series namhn Apple mahu ciri ini dkembangkan kepada semua model iPhone 15 yang termasuk iPhone 15 dan iPhone 15 Plus.

Apple dilaporkan telah membuat tempahan kepada pembekal komponen skrin iaitu Samsung Display dan syarikat ini juga telah membuat pembelian peralatan dari Philoptics untuk memenuhi permintaan Apple ini.

Selain itu, The Elec juga mendakwa bahawa Apple mungkin akan membawakan teknologi Under Display (UD) Face ID pada iPhone 16 Pro Series namun tidak banyak maklumat mengenainya didedahkan.

Baru-baru ini terdapat juga laporan bahawa Apple telah memulakan proses pengeluaran percubaan bagi Apple iPhone 15 di China.

Apple iPhone 15 Series akan dilancarkan pada bulan September tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.