Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P60 Series dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Mac

HUAWEI P50 Series telah berusia lebih dari setahun selepas ianya dilancarkan pada bulan Ogos 2021 dan terdapat khabar angin bahawa penantian ini akan berakhir dengan pelancaran HUAWEI P60 Series pada Mac 2023.

HUAWEI P60 Series dikatakan akan terdiri daripada dua model iaitu HUAWEI P60 dan HUAWEI P60 Pro yang akan mewarisi beberapa teknologi baharu yang diperkenalkan pada HUAWEI Mate50 Series seperti teknologi kamera XMAGE bersama aperture fizikal , gelas keselamatan lasak Kunlun dan komunikasi satelite.

Selain itu, HUAWEI P60 Pro dikatakan akan memiliki skrin paparan OLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi 1,440 x 3,200 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga akan memiliki PWM dimming 1,920Hz dan kamera selfie punch-hole 32MP.

Menyentuh sedikit mengenai kamera, HUAWEI P60 Pro dijangka akan memiliki sensor utama 50MP IMX888, sensor ultrawide 50MP IMX858 dan sensor telefoto periskop 64MP.

Dalam pada itu, HUAWEI P60 pula akan memiliki sensor utama 52MP IMX789, sensor ultrawide 50MP IMX858 dan sensor telefoto 16MP.

Seterusnya, HUAWEI P60 Pro juga dikatakan akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

HUAWEI belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai pelancaran HUAWEI P60 Series namun jika benar kita mungkin akan mendapat pengesahan rasmi didalam masa terdekat.

sumber | sumber gambar

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.