Redmi K60 dan Redmi K60E kini rasmi – spesifikasi premium tetapi harga masih berpatutan
Selain Redmi K60 Pro, Xiaomi juga telah memperkenalkan Redmi K60 dan Redmi K60E.
Redmi K60
Redmi K60 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 2K (3200 x 1440) yang menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 1,400nits, HDR10+ dan sensor capjari terbina dalam skrin.
Redmi K60 hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 8GB atau 12GB RAM (LPDDRX5) dan storan dalaman 128GB, 256GB atau 512GB (UFS 4.0).
Selain itu, Redmi K60 dilengkapi sensor utama 64MP dengan OIS , sensor ultrawide 8MP dengan 118° FoV dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.
Beralih kepada bateri, Redmi K60 memiliki sel berkapasiti 5,500mAh dengan pengesacan 67W dan pengecasan tanpa wayar 30W.
Redmi K60 ditawarkan didalam empat warna iaitu , Green, Blue Leather, dan Black dengan kemasan Karbon pada sisi pada harga bermula dari CNY 2,499 (RM 1,586).
Redmi K60E
Redmi K60E dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 2K (3200 x 1440) yang menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 1,200nits, HDR10+ dan sensor capjari terbina dalam skrin serta dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.
Redmi K60E ini dijana dengan cip MediaTek Dimensity 8200, 8GB atau 12GB RAM (LPPDR5) dan storan dalaman 128GB, 256GB dan 512GB (UFS 3.1)
Selain itu, Redmi K60E dilengkapi sensor utama 48MP dengan OIS , sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.
Beralih kepada bateri, Redmi K60E juga memiliki sel berkapasiti 5,500mAh dengan pengesacan 67W namun tiada sokongan pengecasan tanpa wayar.
Redmi K60E ditawarkan didalam tiga warna iaitu White, Black, dan Green pada harga yang bermula dari CNY 2,199 (RM 1,395).