Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO INNO Day 2022 disahkan akan berlangsung pada 14 Disember ini

OPPO secara rasminya telah mengesahkan bahawa acara teknologi tahunan , INNO Day 2022, akan diadakan pada 14 Disember 2022.

Bertemakan “Empowering a Better Future”, acara itu akan mempamerkan komitmen OPPO terhadap keterbukaan dan keterangkuman ketika ia berusaha untuk mencipta lebih banyak kemungkinan melalui pengalaman berhubung yang lebih bijak.

OPPO INNO DAY ialah acara tahunan utama OPPO yang menjadi pentas utama untuk syarikat ini memperkenalkan teknologi baru dan menyerlahkan pencapaiannya sepanjang tahun lalu.

Acara tahun ini akan turut menyaksikan pengenalan beberapa teknologi baharu yang dibangunkan di bawah empat inisiatif pintar OPPO untuk hiburan pintar, produktiviti pintar, kesihatan pintar dan pembelajaran pintar.

OPPO INNO Day pertama kali diadakan pada tahun 2019, di mana  OPPO 5G CPE dan OPPO Watch  diperkenalkan. Pada INNO Day 2020 pula, OPPO mempamerkan telefon konsep boleh gulung yang inovatif.

Pada acara tahun lepas, OPPO mengumumkan NPU pengimejan pertama yang dibangunkan sendiri, iaitu MariSilicon X, dan melancarkan telefon boleh lipat pertamanya, OPPO Find N.

Tahun ini, OPPO dijangka akan memperkenalkan OPPO Find N2 dan OPPO Find N2 Flip bersama beberapa teknologi baharu yang lain.

Saksikan siaran langsung OPPO INNO Day 2022 pada 14 Disember ini bermula jam 4 petang di laman rasmi OPPO

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.