OPPO Reno9 Pro+ rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1
Selain OPPO Reno9 dan OPPO Reno9 Pro, OPPO Reno9 Pro+ juga telah dilancarkan secara rasmi dan ianya merupakan telefon pintar pertama syarikat untuk hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.
OPPO Reno9 Pro+ hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong gamut warna DCI-P3 100% dengan kecerahan maksima 800nits namun mampu mencapai sehingga 950nits apabila memaparkan kandungan foto HDR dan video HDR10+.
Selain cip Snapdragon 8+ Gen 1, OPPO Reno9 Pro+ juga disertakan dengan 16GB RAM LPDDR5 bersama dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB dan 512GB serta antaramuka ColorOS 13 yang berasaskan Android 13.
Selain itu, OPPO Reno9 Pro+ tampil dengan bateri 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.
Bercakap mengenai kamera, OPPO Reno9 Pro+ memiliki sensor utama 50MP dengan lensa 6P, pemfokusan auto dan OIS, sensor ultrawide 8MP dengan 120° yang turut berfungsi sebagai sensor makro dan sensor depth 2MP. kamera selfie Reno9 Pro+ adalah 32MP yang mempunyai pemfokusan auto dan model ini juga mempunyai NPU MariSilicon X.
OPPO Reno9 Pro+ ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Gold, dan Mint pada harga yang bermula dari CNY 3,999 (RM 2,847).