Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno9 dan Reno9 Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 1,554

OPPO Reno9 dan Reno9 Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 1,554 1

OPPO Reno9 dan Reno9 Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 1,554 2

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan tiga model OPPO Reno9 Series iaitu OPPO Reno9, OPPO Reno9 Pro dan OPPO Reno9 Pro+.

Pada artikel ini kita akan memfokuskan kepada OPPO Reno9 dan OPPO Reno9 Pro yang berkongsi reka bentuk yang sama.

OPPO Reno9 dan Reno9 Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 1,554 3

Oppo Reno9

OPPO Reno9 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong gamut warna DCI-P3 100% dengan kecerahan maksima 800nits namun mampu mencapai sehingga 950nits apabila memaparkan kandungan foto HDR dan video HDR10+.

OPPO Reno9 dijana cip Snapdragon 778G, 8GB atau 12GB RAM, storan dalaman 256GB atau 512GB dan tidak lupa antaramuka ColorOS 13 yang berasaskan Android 13.

OPPO Reno9 menampilkan reka bentuk yang hampir sama seperti Reno8 namun modul kamera kini adalah sebahagian daripada panel belakang dan hanya lensa yang tertimbul. Ianya memiliki sensor utama 64MP dengan sensor B&W 2MP manakala kamera selfie adalah 32MP yang memiliki pemfokusan auto.

Selain itu, OPPO Reno9 juga tampil dengan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Oppo Reno9 akan ditawarkan didalam empat warna iaitu Black, Gold, Pink Gradient, dan Red pada harga dari CNY 2,499 (RM 1,554).

OPPO Reno9 dan Reno9 Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 1,554 4

Oppo Reno9 Pro

OPPO Reno9 Pro berkongsi reka bentuk yang sama seperti OPPO Reno9 dan ianya termasuk skrin paparan AMOLED 6.7-inci dan bateri 4,500mAh.

Walaubagaiamanapun, OPPO Reno9 Pro hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8100 dan ianya juga disertakan dengan NPU MariSilicion X.

Bersama cip Dimensity 8100, OPPO Reno9 Pro juga disertakan dengan 16GB RAM LPDDR5 bersama dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB dan 512GB serta antaramuka ColorOS 13 yang berasaskan Android 13.

Bercakap mengenai kamera, OPPO Reno9 Pro memiliki sensor utama 50MP dengan lensa 7P dan pemfokusan auto, sensor ultrawide 8MP dengan 112° dan kamera selfie 32MP yang mempunyai pemfokusan auto.

OPPO Reno9 Pro ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Gold, dan Pink Gradient pada yang bermula dari  CNY3,499 (RM 2,176).

OPPO Reno9 dan OPPO Reno9 Pro akan ditawarkan dipasaran China pada awal bulan Disember namun maklumat jualan antarabangsa masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.