OPPO Find X6 Pro akan tampil dengan 3 sensor 50MP Sony
OPPO Find X6 Series merupakan telefon pintar flagship OPPO bagi tahun 2023 dan beberapa maklumat mengenai telefon pintar ini telah mula didedahkan.
OPPO secara rasminya telah mengesahkan OPPO Find X6 Series akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan leakster Digital Chat Station telah mendedahkan spesifikasi kamera OPPO Find X6 Pro.
OPPO Find X6 Pro akan tampil dengan tiga sensor 50MP yang dibekalkan oleh Sony yang terdiri daripada sensor utama 1-inci Sony IMX989 yang memiliki lensa 7P dan OIS, sensor ultrawide Sony IMX890 dan sensor telefoto IMX 890 dengan 2.7x zoom optikal dan OIS. Find X6 Pro juga akan memiliki sensor ToF untuk kesan depth yang lebih baik.
Akhir sekali, OPPO Find X6 Pro juga dikatakan akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz.