Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch GT 3 SE kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 699

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan jam pintar HUAWEI Watch GT 3 SE ke pasaran Malaysia dengan harga jualan RM 899 sahaja.

HUAWEI Watch GT 3 SE adalah sebuah jam pintar yang tampil dengan reka bentuk Hollowed-cut yang sangat ringan iaitu hanya 35.6 gram dan ianya juga memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 1.43-inci.

Selain itu, HUAWEI Watch GT 3 SE juga memiliki sokongan lebih 100 mod kecergasan, bacaan degupan jantung HUAWEI TruSeen 5.0, perekod tidur HUAWEI TruSleep dan sokongan penggunaan pada peranti Android dan iOS.

HUAWEI Watch GT 3 SE juga mempunyai jangka hayat bateri sehingga 14 hari dengan pengecasan tanpa wayar, kalis air dan habuk IP68/ 5ATM dan pelbagai reka bentuk Watch Faces.

HUAWEI Watch GT 3 SE kini telah dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 899 namun HUAWEI menawarkan rebat tunai bernilai RM 200 sepanjang tempoh pra-tempahan yang berakhir 11 November.

HUAWEI Watch GT 3 SE ditawarkan didalam dua warna iaitu Graphite Black dan Wilderness Green.

Pra-tempah HUAWEI Watch GT 3 SE di HUAWEI Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.