Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 disahkan akan hadir dengan cip MediaTek Helio G99

realme 10 Series akan dilancarkan bulan hadapan dan pengesahan rasmi pertama mengenai spesifikasi telefon pintar ini telah didedahkan.

realme 10 Series dijangka akan terdiri daripada realme 10 4G, realme 10 5G dan realme 10 Pro+.

realme 10 4G telah disahkan akan hadir dengan cip MediaTek Helio G99 dan realme juga mendakwa cip yang digunakan ini telah memperoleh mata AnTuTu 400,086 yang menjadikanya mata tertinggi bagi peranti dengan cip Helio G99.

Selain itu, realme tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai realme 10 4G namun ianya dilihat akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 90Hz, kamera  utam 50MP + 2MP dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

realme 10 Series dijangka akan dilancarkan pasaran India bulan hadapan dan terdapat kemungkinan ianya akan memasuki pasaran Malaysia sejurus selepas itu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.