Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini

HUAWEI  secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar flagship 2022 syarikat ini iaitu HUAWEI Mate 50 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini.

HUAWEI Mate Series kembali dilancarkan selepas dua tahun dan Malaysia juga adalah antara pasaran global pertama untuk menerima telefon pintar ini.

Dengan hanya membayar RM 1, tempahan bagi HUAWEI Mate 50 Series kini boleh dilakukan iaitu sehingga 2 November 2022.

Setiap pra-tempahan juga turut berpeluang memenangi hadiah misteri seperti HUAWEI Mate 50, HUAWEI FreeBuds 4i, HUAWEI Band 6 dan banyak lagi dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM15,000 melalui Laman Web Rasmi HUAWEI. Pengumuman pemenang harian akan dibuat pada 21 Oktober 2022 sehingga 3 November 2022.

Klik di sini untuk  membayar deposit RM1 sekarang sehingga 2 November 2022 untuk pra-tempah Siri HUAWEI Mate 50 dan untuk menjadi antara yang pertama untuk memiliki HUAWEI Mate 50 Series.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.