Apple dikenakan denda bernilai RM 82 juta kerana tidak menyertakan adapter pada iPhone
Pada bulan September lalu, Apple telah menerima arahan dari Kementerian Kehakiman Brazil untuk memberhentikan jualan iPhone jika ianya tidak disertakan dengan adapter dan ianya juga disertakan dengan denda bernilai BRL 12.275 juta atau sekitar RM 10.83 juta.
Kini, Apple telah dikenakan satu lagi denda untuk sebab yang sama di Mahkamah sivil Sao Paulo melalui petisyen yang difailkan oleh pertubuhan pengguna Brazil yang mendakwa untuk memastikan produk itu berfungsi, pembelian kedua harus dilakukan (adapter) dan Apple diarah membayar gantirugi bernilai BRL 100 juta (RM 88.24 juta).
Menurut hakim kes ini, Apple diarah untuk memberikan adapter pengecasan kepada semua pengguna yang membeli iPhone 12 dan iPhone 13 dalam tempoh dua tahun yang lalu dan harus menyertakan adapter bagi jualan iPhone selepas ini.
Apple tidak lagi menyertakan adapter didalam kotak pembelian iPhone sejak tahun 2020 atas sebab alam sekitar dan ianya juga telah disertai oleh beberapa syarikat lain terutamanya didalam pasaran premium.