Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Watch Ultra boleh dipra-tempah di Malaysia mulai 7 Oktober ini – RM 3,799

Apple Watch Ultra boleh dipra-tempah di Malaysia mulai 7 Oktober ini - RM 3,799 1

 

 

 

Apple Watch Ultra yang dilancarkan bersama Apple iPhone 14 Series bulan lalu akan mula dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia mulai 7 Oktober ini.

Apple Watch Ultra tampil dengan reka bentuk rangka titanium 49mm yang menempatkan skrin paparan paling besar pernah ditawarkan pada Apple Watch dan ianya juga mempunyai kecerahan mencapai 2,000nits.

Apple Watch Ultra boleh dipra-tempah di Malaysia mulai 7 Oktober ini - RM 3,799 2

Apple Watch Ultra juga memiliki satu butang tambahan yang dikenali sebagai Action Button didalam warna oren dan ianya boleh dipra-tetap untuk akses pantas kepada ciri-ciri penting jam pintar ini seperti Backtrack, waypoint dan workout.

Apple Watch Ultra boleh dipra-tempah di Malaysia mulai 7 Oktober ini - RM 3,799 3

Selain itu, Apple Watch Ultra juga memiliki butang home, Digital Crown yang lebih besar, 3 mikrofon untuk audio yang lebih jelas walaupun pada persekitaran angin kuat dan pembesar suara yang mampu menghasilkan bunyi siren kecemasan sekuat 86dB.

Dalam pada itu, Apple Watch Ultra juga memiliki jangka hayat bateri sehingga 36 jam dan namun ultra low power, ianya akan menawarkan sehingga 60 jam jangka hayat bateri.

Sebagai sebuah jam pintar lasak, Apple Watch Ultra juga memiliki pensijilan MIL-STD-810H dan kalis air WR100 dan EN 13319.

Apple Watch Ultra boleh dipra-tempah di Malaysia mulai 7 Oktober ini - RM 3,799 4

Apple Watch Ultra akan ditawarkan didalam tiga pilihan tali jam iaitu Trail Loop, Alpine Loop, dan Ocean Band pada harga RM 3,799 dan kesemuanya tampil dengan sokongan GPS + Selular.

Apple Watch Ultra akan mula dijual di Malaysia lada 15 Oktober ini.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.