Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 kini ditawarkan pada harga RM 2,699 sahaja

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa Xiaomi 12 kini akan ditawarkan pada harga RM 2,699 sahaja iaiti RM 300 lebih murah berbanding harga ketika pelancaran.

Xiaomi 12 merupakan telefon pintar flagship kompak yang hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.28-inci dengan kadar segar semula 120Hz AdaptiveSync.

Skrin paparan ini juga memaparkan 68 bilion warna dengan kecerahan maksima sehingga 1,000 nits. Xiaomi 12 juga mempunyai sensor capjari terbina dalam skrin dan panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus.

Xiaomi 12 tampil dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 seperti pada Xiaomi 12 Pro dan ianya dipadankan dengan beberapa kapasiti RAM dan storan dalaman.

Beralih kepada kamera, Xiaomi 12 tampil dengan sensor utama 50MP Sony IMX 766, sensor ultrawide 13MP dan sensor 5MP tele-makro 50mm. Kamera selfie Xiaomi 12 adalah 32MP.

Bercakap mengenai bateri, Xiaomi 12 memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W dan pengecasan tanpa wayar 50W. Pengecasan ini juga dilengkapi teknokogi Xiaomi Adaptive Charging.

Xiaomi 12 juga mempunyai sistem penyejukan Master Cooling, antaramuka MIUI 13, Wi-Fi 6 dan 15 antena untuk isyarat rangkaian dan Wi-Fi yang lebih pantas dan stabil.

Promosi ini hanya sah di stor fizikal Xiaomi di seluruh Malaysia dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini

Baca : ULASAN : Xiaomi 12 – Peranti Kompak yang cukup syarat sebagai flagship

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.