vivo x Fold+ akan dilancarkan 26 September ini
vivo telah memasuki arena telefon pintar foldable dengan pelancaran vivo X Fold pada bulan April yang lalu walaupun telefon pintar ini masih kekal ditawarkan di China sahaja.
Telefon Pintar Foldable vivo X Fold kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship ZEISS
Kini, vivo telah mengesahkan telefon pintar vivo X Fold+ pula akan dilancarkan pada 26 September ini dan syarikat ini juga telah berkongsi gambar reka bentuknya di akaun weibo rasmi syarikat.
vivo X Fold+ tampil dengan rekaan yang sama seperti vivo X Fold namun dijangka akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4,730mAh dengan sokongan pengecasan 80W dan skrin 120Hz.
Selain daripada perbezaan cip, bateri dan pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas, vivo X Fold+ dijangka tampil dengan spesifikasi yang sama seperti vivo X Fold.