Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi – akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi - akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober 9

PICO, jenama VR terkemuka dengan inovasi bebas dan keupayaan penciptaan R&D, hari ini telah mengumumkan pelancaran PICO 4, set kepala VR semua-dalam-satu yang bertujuan menjadikan VR boleh diakses oleh semua orang dengan menggabungkan keselesaan dan prestasi.

Dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon XR2, PICO 4 menampilkan rekaan badan yang sangat ringan, paparan Pancake Optic 4K+ 90Hz dan pengalaman pengguna yang intuitif.

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi - akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober 10

PICO 4 mempunyai berat 295g tanpa tali, menjadikannya set kepala VR paling ringan keluaran PICO dan inanya dicapai dengan melaksanakan kanta yang lebih kecil dan lebih ringan dalam Pancake Optik PICO 4, mengurangkan ketebalan sarung kepada hanya 35.8mm pada bahagian yang paling nipis.

Selain itu, PICO 4 didatangkan dengan tali boleh laras dan menggunakan fabrik SuperSkin untuk lapisan kusyen, bahan unik yang mempunyai sifat kedap yang berkesan, membolehkan pengguna kekal sejuk dan kering. Kulit PU anti-gelincir di bahagian belakang set kepala juga memberikan keselesaan dan kawalan yang lebih baik.

Seterusnya, PICO 4 dilengkapi dengan bateri besar yang menawarkan permainan sehingga tiga jam dengan keupayaan pengecasan pantas yang terkemuka di industri, pensijilan low blue light TÜV Rheinland.

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi - akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober 11

Lebih-lebih lagi, reka bentuk ergonomik set kepala juga menyokong penggunaan pengatur cermin mata yang disertakan di dalam kotak, membolehkan pengguna yang memakai cermin mata untuk menikmati dunia VR mereka tanpa menjejaskan keselesaan atau kejelasan.

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi - akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober 12

PICO 4 juga menyediakan pengguna perpustakaan yang pelbagai dan inklusif melalui PICO Store, dengan kandungan pelbagai kategori permainan, kecergasan, video dan sosial. kandungan tambahan juga boleh didapati melalui Steam VR.

PICO 4 akan ditawarkan mulai 18 Oktober ini di tiga belas negara Eropah, dengan rancangan untuk dilancarkan di Jepun, Korea, Singapura dan Malaysia pada tahun ini. PICO juga akan mengadakan roadshow khas di Malaysia pada 11 hingga 16 Oktober nanti.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.