300 kakitangan Samsung Malaysia turun padang mendekati pelanggan sempena hari #UnfoldYourWorld
Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini telah menyambut hari #UnfoldYourWorld yang menyaksikan lebih 300 kakitangan Samsung Malaysia dari pengurusan atasan sehingga ke bawah turun mendekati pelanggan sekitar Lembah Klang yang membolehkan mereka berhubung dan berkongsi pengalaman Galaxy mereka dengan peminat Samsung.
Kakitangan Samsung Malaysia telah meliputi lebih 300 Kedai Elektronik Samsung di 230 lokasi, termasuk pusat membeli-belah utama seperti KLCC, Mid Valley Megamall, One Utama, Pavilion KL, Sunway Pyramid dan The Gardens Mall.
Bersempena dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4, Samsung kekal komited untuk meletakkan keperluan dan keinginan pelanggan sebagai agenda utama setiap produk untuk terus menyampaikan pengalaman pengguna yang paling diperibadikan.
Dengan berhubung terus bersama pengguna telefon pintar Samsung yang sedia ada dan akan datang di Samsung Experience Store, Samsung menyasarkan untuk #UnfoldYourWorld ke era baharu telefon pintar boleh lipat dengan berkongsi kemampuan ekosistem Galaxy yang penuh, selain mengumpul maklum balas pengguna untuk membantu meningkatkan lagi kepuasan pelanggan.
Samsung juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengekalkan syarikat ini sebagai salah satu syarikat teknologi terkemuka dunia dengan sokongan mereka yang tiada penamat.
Berikut adalah maklumat mengenai tarikh dan lokasi roadshow Samsung Galaxy Flextival yang akan berlangsung antara 2 September sehingga 2 Oktober 2022.
2 September – 4 September 2022
Setia City Mall, Selangor
Mid Valley Southkey, Johor
9 September – 11 September 2022
Imago Mall KK, Sabah
Plaza Gurney, Penang
29 September – 2 October 2022
Sunway Pyramid, Selangor