Luno kini menawarkan mata wang kripto Cardano (ADA) dan Solana (SOL) di Malaysia
Luno, bursa aset digital yang dikawal selia dan terkemuka di Malaysia telah mengumumkan penambahan dua lagi mata wang kripto di platformnya iaitu Cardano (ADA) dan Solana (SOL).
Mulai 21 September, pengguna Luno sudah boleh membeli, menjual dan menyimpan ADA di aplikasi dan laman web Luno, di samping mata wang kripto yang sedia ada.
Seterusnya, Luno juga akan menambah SOL ke platformnya mulai 6 Oktober. Memandangkan terdapat minat berterusan dalam penggunaan Bitcoin yang semakin meluas, ADA dan SOL merupakan tambahan mata wang kripto terbaharu dalam portfolio Luno, selepas penambahan Chainlink (LINK) dan Uniswap (UNI) pada awal tahun ini.
Langkah ini menjadikan jumlah tawaran mata wang untuk rakyat Malaysia kepada sembilan, dan Luno akan terus memastikan pelabur Malaysia mendapat akses yang lebih luas kepada peluang pelaburan.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran mata wang kripto baharu, pelabur dapat menikmati diskaun 50 peratus untuk Beli dan Jual Segera, di samping pengurangan yuran Luno Exchange untuk Cardano dari 21 September hingga 20 Oktober 2022 dan Solana dari 6 Oktober hingga 7 November 2022. Untuk butiran lanjut mengenai promosi, sila rujuk halaman yuran dan kemudahan Luno.