Apple Watch Series 8 dan Watch SE kini rasmi dengan sensor suhu kulit dan pengesan kemalangan jalan raya – harga dari RM 1,199
Apple secara rasminya telah melancarkan jam pintar terbaru mereka iaitu Apple Watch Series 8.
Apple Watch Series 8 menampilkan beberapa ciri baharu seperti cip Apple S8, sensor suhu kulit dan sensor pengesanan kemalangan yang akan mengesan kemalangan dengan beberapa sensor baharu dan memaklumkan kemalangan ini kepada pasukan kecemasan dan kenalan rapat anda.
Selain itu, Apple Watch Series 8 masih menawarkan sehingga 18 jam jangka hayat bateri dan kini terdapat Low power mode yang meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 36 jam.
Apple Watch Series 8 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Lunar, Astronomy, Metropolitan, dan Modular dengan harga dari RM 1,899.
Berikut adalah harga Apple Watch Series 8 di Malaysia
Apple Watch Series 8 41mm GPS – RM 1,899
Apple Watch Series 8 45mm GPS – RM 1,999
Apple Watch Series 8 41mm GPS + Selular- RM 2,299
Apple Watch Series 8 45mm GPS + Selular- RM 2,399
Tarikh jualan Apple Watch Series 8 di Malaysia masih belum diumumkan.
Apple Watch SE
Apple juga telah memperkenalkan generasi baharu Apple Watch SE yang dikategorikan sebagai jam pintar bajet daripada Apple.
Apple Watch SE menampilkan cip Apple S8 seperti pada Watch Series 8 namun tiada sensor suhu kulit dan ianya diperbuat daripada rangka aluminium yang dikitar semula dengan panel belakang plastik.
Apple Watch SE juga memiliki ciri pengesanan kemalangan sama seperti Watch Series 8 dan paparan jam pintar ini adalah 30% lebih besar berbanding Apple Watch Series 3.
Berikut adalah harga Apple Watch SE di Malaysia:
Apple Watch SE 40mm GPS – RM 1,199
Apple Watch SE 44mm GPS – RM 1,299
Apple Watch SE 40mm GPS + Selular- RM 1,399
Apple Watch SE 8 44mm GPS + Selular- RM 1,499
Buat masa ini masih belum ada maklumat bila Apple Watch SE akan ditawarkan di Malaysia.