Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max kini rasmi dengan kamera 48MP, ciri Always-On dan cip A16 Bionic

Sesudah menyelesaikan Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, Apple beralih kepada pelancaran produk mercu mereka iaitu iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max tampil dengan skrin paparan ProMotion 120Hz berukuran 6.1-inci dan 6.7-inci berbentuk pil dan ianya juga didatangkan bersama animasi yang dikenali sebagai Dynamic Island.

Panel skrin ini menyokong kadar segar semula antara 1Hz sehingga 120Hz dan ini juga bermaksud iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan menyokong mod Always-On.

Panel skrin ini juga mempunyai kadar kecerahan maksima mencecah 2,000nits yang menjadikanya antara yang paling cerah dipasaran.

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dijana cip Apple A16 Bionic yang merupakan cip 4nm dengan 16 bilion transistor.

Beralih kepada kamera, Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus tampil sensor utama 48MP yang dikenali sebagai sensor Quad-Pixel yang masih menghasilkan gambar 12MP dan ianya disertakan bersama sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP yang kini turut menyokong zoom optik 3x. (zoom optik 2x turut ditawarkan dengan penggunaan sensor utama). Photonic Engine

Selain itu, Apple juga menyertakan pemfokusan auto pada kamera selfie 12MP yang lebih baik dan terdapat pengstabilan Action Mode yang menyingkirkan keperluan gimbal untuk rakaman yang lebih stabil dan dengan Dolby Vision HDR pada kadar maksima 4K 60fps.

Satu lagi pengumuman yang mencuri tumpuan adalah sistem komunikasi satelite yang boleh digunakan semasa kecemasan sahaja dan ianya hanya boleh menghantar teks dan menghantar lokasi ke rakan anda melalui aplikasi Find My.

Ciri komunikasi satelite ini akan ditawarkan secara percuma untuk tempoh dua tahun dan ianya akan ditawarkan di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu.

Satu lagi ciri keselamatan yang diperkenalkan adalah pengesanan kemalangan yang akan menghantar isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa dan ianya mampu mengesan impak sehingga 256G.

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan ditawarkan di Malaysia mulai 16 September ini pada harga dari RM 5,299.

Maklumat penuh harga iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro di Malaysia boleh di baca di pautan dibawah :

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan ditawarkan pada harga dari RM 5,299 – tempahan bermula 16 September

Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,199 – tempahan mulai 16 September

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.