Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design kini rasmi dengan harga sekitar RM 8403

HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design kini rasmi dengan harga sekitar RM 8403 5

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar HUAWEI Mate 50 Series dan ianya juga disertai peranti edisi terhad HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design.

HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design juga dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama HarmonyOS 3.0 namun tiada sokongan 5G disertakan.

HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 120H dan resolusi 1212 x 2616 piksel.

HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design kini rasmi dengan harga sekitar RM 8403 6

Beralih kepada kamera, HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design tampil dengan sensor utama 50MP yang memiliki OIS dengan 6 aperture berubah menggunakan bilah dan ianya menawarkan kadar aperture antara f/1.4 hingga f/4.0, satu sensor ultrawide 13MP dengan aperture f/2.2 dan sensor telefoto persikop 48MP dengan kebolehan fotografi makro.

Pada bahagian selfie, HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design memiliki sensor 13MP bersama sensor 3D ToF untuk ciri face unlock yang lebih selamat.

Ke bahagian bateri pula, HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design tampil dengan bateri berkapasiti 4,700mAh yang menyokong pengecasan 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Satu lagi ciri pertama yang ditawarkan pada telefon pintar adalah perhubungan satelite yang dikenali sebagai protokol Beidou Satellite Message 3 yang membolehkan anda menghantar mesej dan lokasi tanpa liputan rangkaian selular.

HUAWEI Mate 50 RS Porsche Design akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Blue dan Purple yang diperbuat daripada seramik.

HUAWEI Mate 50 RS Porsche akan ditawarkan pada harga CNY 12,999 (RM 8,403).

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.