Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 – telefon pintar flip yang lebih sempurna

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 1

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 2Pengenalan

Awal bulan Ogos telah menyaksikan satu lagi majlis Samsung Unpacked yang telah menjadi pentas kepada pelancaran telefon pintar foldable Samsung iaitu Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.

Jika Galaxy Z Fold4 memberikan anda kelebihan sebagai sebuah telefon pintar yang boleh berfungsi sebagai sebuah tablet, Galaxy Z Flip4 pula adalah sebuah telefon pintar flip yang lebih kecil dan lebih sesuai untuk semua pengguna.

Kemajuan teknologi didalam industri telefon pintar foldable adalah perlahan dan ini bermaksud telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4 kelihatan hampir sama seperti Galaxy Z Flip3 namun Samsung dilihat telah memperbaiki kelemahan yang dimiliki generasi itu.

Antara kekurangan Galaxy Z Flip3 yang dipersetujui oleh semua adalah pada kamera dan bateri yang telah ditambah baik pada Galaxy Z Flip4.

Dengan populariti Samsung Galaxy Z Flip4 sebagai sebuah telefon pintar yang boleh digunakan oleh semua, adalah penting untuk telefon pintar ini menawarkan kesemua ciri yang wajib ada pada sebuah telefon pintar flagship.

Tanpa membuang masa, mari kita terokai Samsung Galaxy Z Flip4 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,099.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 3

Reka Bentuk 

Pada pandangan pertama, Samsung Galaxy Z Flip4 tidak sedikit pun berbeza dari Samsung Galaxy Z Flip3 namun ini bukan sesuatu yang mengecewakan kerana ini memberikan ruang untuk Samsung menambahbaik rekaan telefon pintar ini tanpa terlalu ‘lari’ dari reka bentuk asal.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 4

Panel luar Samsung Galaxy Z Flip4 kini tampil didalam kemasan matte yang tampak lebih kemas dan elegan dan ianya turut ditambah dengan perlindungan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+ yang digunakan eksklusif pada Galaxy S22 Series dan Galaxy Z Series sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 5

Dalam pada itu, rangka telefon pintar flip Samsung ini adalah diperbuat daripada aluminium yang lebih kukuh dan ianya tampil didalam kemasan berkilat dan kelihatan lebih rata.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 6

Seterusnya adalah engsel yang merupakan saraf tunjang telefon pintar foldable dan Samsung masih menggunakan teknologi Armour Aluminium yang didakwa lebih kukuh namun ianya tampil didalam profil yang lebih nipis.

Seperti generasi lalu, Samsung mendakwa bahawa mekansima bukaan pada Galaxy Z Flip4 ini mampu bertahan sehingga 200,000 bukaan atau selama 4 tahun dengan purata 100 bukaan sehari.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 7

Selain itu, bahagian luar Samsung Galaxy Flip4 masih mempunyai skrin paparan yang dikenali sebagai Cover Screen dan ianya adalah sama seperti pada Galaxy Z Flip3 namun ianya dilindungi gelas Corning Gorilla Glass Victus+.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 8

Pada bahagian sisi kanan Samsung Galaxy Z Flip4, terdapat satu butang kuasa yang juga menempatkan sensor capjari serta butang kelantangan audio yang ditempatkan di atas butang kuasa.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 9

Selain itu, bezel plastik yang mengelilingi skrin juga adalah lebih tinggi daripada skrin namun bezel sebenar pada Galaxy Z Flip4 adalah lebih kecil yang menjadikan telefon pintar ini tampak lebih kompak berbanding generasi sebelum ini.

Pada bahagian hadapan skrin paparan fleksibel pula, Samsung Galaxy Z Flip4 ini juga hadir dengan lapisan Samsung Ultra Thin Glass yang diperbuat daripada PET (Polyethylene terephthalate) yang 80% lebih tahan lasak berbanding filem yang digunakan dan adalah dinasihatkan untuk tidak menanggalkan filem ini.

Seperti pada Galaxy Z Flip3, Samsung Galaxy Z Flip4 tampil dengan pensijilan IPX8 yang bermaksud ianya adalah peranti flip yang kalis air pada kedalaman sehingga 1.5 meter untuk tempoh 30 minit namun X bermaksud habuk masih menjadi musuh utama telefon pintar dan sebarang pendedahan kepada habuk mungkin akan menyebabkan kerosakan dalaman telefon pintar ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 10

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 11

Samsung Galaxy Z Flip4 ditawarkan didalam 4 warna iaitu Graphite (seperti unit reviu kami), Bora Purple, Blue dan Pink Gold namun anda juga boleh mendapatkanya dengan 75 kombinasi warna yang berbeza dengan pembelian Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition.

Akhir sekali, Samsung Galaxy Z Flip4 tampil didalam ukuran dimensi 165.2 x 71.9 x 6.9mm yang sedikit berbeza dengan Galaxy Z Flip3 manakala berat telefon pintar ini adalah 187 gram iaitu 4 gram lebih berat berbanding Galaxy Z Flip3 namun penambahan berat ini adalah sesuatu yang berbaloi kerana anda akan menerima 33% kapasiti bateri yang lebih besar.

Secara keseluruhanya, Samsung lebih memfokuskan kepada penambahbaikan pada Galaxy Z Flip4 dan ternyata perubahan ini memberikan kesan yang positif kepada pengalaman penggunaan kerana ianya dilihat lebih kukuh pada tangan dengan gelas matte dan profil yang sedikit nipis juga pasti akan diterima baik oleh pemilik khususnya pengguna yang mempunyai saiz tangan yang lebih kecil.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 12

Skrin Paparan

Samsung Galaxy Z Flip4 hadir dengan dua skrin paparan AMOLED iaitu satu pada bahagian luar dan satu pada dalam yang berfungsi sebagai panel skrin utama telefon pintar ini.

Samsung Galaxy Z Flip4 mewarisi panel skrin yang sama seperti pada Galaxy Z Flip3 namun Samsung mendakwa panel skrin utama kini mampu beroperasi dengan kadar segar semula dinamik serendah 1Hz.

Skrin paparan utama Samsung Galaxy Z Flip4 ini adalah panel Dynamic AMOLED 2x Infinity Flex  Display berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ (2640 x 1080) dan terdapat juga lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 10MP.

Panel skrin utama telefon pintar ini mempunyai kepadatan piksel 426ppi dan ianya menawarkan sokongan kadar segar semula 120Hz yang sangat imersif dan ini memberikan anda pengalaman visual setaraf telefon pintar flagship lain dipasaran.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 13

Dalam pada itu, panel yang digunakan Samsung ini menawarkan anda dua tetapan kadar segar semula iaitu Adaptive yang akan menggunakan jumlah kadar segar semula mengikut kandungan yang dipaparkan pada skrin (sehingga 120Hz) atau Standard yang ‘mengunci’ kadar segar semula pada 60Hz dan ini menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 14

Dalam pada itu, satu kekurangan yang nyata pada telefon pintar boleh lipat adalah lekukan pada bahagian tengah skrin dan Samsung Galaxy Z Flip4 masih memiliki lekukan ini namun lebih lama anda menggunakan telefon pintar ini anda akan mula biasa dengan kehadiranya.

Satu lagi penambahan terbaru pada skrin utama ini adalah penawaran Always-On yang mana tetapan untuknya adalah sama untuk mod Always-On bagi Cover Screen.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 15

Cover Screen

Samsung Galaxy Z Flip4 juga memiliki cover screen dibahagian luar yang mana ianya adalah sama seperti pada Galaxy Z Flip3.

Skrin yang digunakan untuk Cover Screen ini adalah panel Super AMOLED berukuran 1.9-inci dengan resolusi 260 x 512 piksel dan kepadatan piksel 303ppi.

Panel Cover Screen ini menawarkan anda pelbagai pantas kepada beberapa aplikasi menarik seperti muzik, weather, kalendar, alarm, Samsung Health, recorder dan timer.

Selain itu, panel Cover Screen ini juga boleh digunakan sebagai viewfinder untuk kamera utama iaitu dengan menekan butang kuasa sebanyak dua kali. Ini membolehkan anda mengambil imej selfie menggunakan sensor utama dan ianya boleh dilakukan dengan ‘tap’ pada Cover Screen atau ‘slide’ untuk menukar kepada rakaman video.

Dalam pada itu, Cover Screen Samsung Galaxy Z Flip4 ini juga menyokong paparan Always On yang memberikan anda maklumat peratusan bateri ketika pengecasan, tarikh dan masa serta notifikasi daripada aplikasi.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 16

Pemproses

Samsung menawarkan Galaxy Z Flip4 dengan cip pemprosesan terbaik dipasaran iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 yang merupakan cip 4nm terbaru daripada Qualcomm yang dilaporkan lebih efisien dan mampu mengekalkan prestasi optimum.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 17

Bersama cip Cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dikilangkan oleh TSMC, Samsung Galaxy Z Flip4 juga mempunyai 8GB RAM dan ianya turut disertakan dengan ciri RAM Plus yang memberikan tambahan sehingga 8GB RAM virtual dengan menggunakan storan dalaman yang membantu operasi peranti yang lancar walaupun lebih banyak aplikasi dibuka dilatar belakang.

Berita baik yang ingin memiliki peranti dengan storan yang lebih luas, Samsung kini menawarkan Galaxy Z Flip4 didalam versi 512GB selain versi 128GB dan 256GB.

Samsung Galaxy Z Flip4 hadir dengan antaramuka OneUI 4.1.1 yang berasakan Android 12 dan terdapat beberapa ciri menarik yang disesuaikan khas untuk telefon pintar kategori unik ini.

Samsung Galaxy Z Flip4 tampil dengan ciri yang dikenali sebagai Flex mode. Ciri ini akan di gunapakai apabila skrin dilipat separuh yang akan menjadikan aplikasi yang dibuka disesuaikan mengikut lipatan ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 18

Sebagai contoh perisian yang telah disesuaikan untuk Flex mode adalah aplikasi YouTube dimana video akan dimainkan pada bahagian atas skrin manakala panel bawah akan memberikan maklumat video dan banyak lagi.

Aplikasi lain yang menyokong Flex mode panel boleh dilihat pada bahagian Advanced Features > Labs.

Walaubagaimanapun, tidak semua aplikasi yang menyokong flex mode dan jika aplikasi tersebut tidak menyokong mod ini, hanya bahagian atas akan digunakan untuk memaparkan aplikasi manakala pada bahagian bawah akan digunakan sebagai menu untuk akses kepada bahagian notifikasi, kecerahan, screenshot dan kelantangan bunyi. terdapat juga butang X untuk kembali ke paparan penuh.

Dengan Android 12, Samsung Galaxy Z Flip4 juga membawakan ciri Color Palettes yang mana satu perubahan warna bermaksud keseluruhan antaramuka akan berubah warna yang termasuk ikon dan banyak lagi.

Sedikit mengecewakan Samsung DeX tidak disokong pada telefon pintar ini namun ciri Link to Windows yang masih membolehkan anda berinteraksi dengan telefon pintar pada komputer riba.

Dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, Samsung Galaxy Z Flip4 dijangka akan menawarkan anda prestasi terbaik namun dengan reka bentuk dan ruang dalaman yang lebih kecil untuk papan utama dan komponen lain, kemampuan sebenar cip ini mungkin sedikit terbatas.

Seperti Samsung Galaxy S22 Series, Samsung Galaxy Z Flip4 akan turut menerima 4 kemaskini Android yang bermaksud anda akan menerima kemaksini sehingga Android 16.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 19

Kamera

Samsung Galaxy Z Flip4 menampilkan penggunaan dwi-kamera pada panel belakang dan satu kamera selfie pada skrin utama.

Tetapan ini adalah sama seperti pada Galaxy Z Flip3 iaitu satu sensor utama 12MP, satu sensor ultrawide 12MP dan sensor selfie 10MP.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 20

Walaubagaimanapun, Samsung telah menggunakan sensor utama 12MP yang baharu dan didakwa mampu menyerap 65% lebih cahaya berbanding generasi sebelum ini.

Sensor utama 12MP ini mempunyai aperture f/1.8 dengan teknologi Dual Pixel AF dan turut mempunyai OIS.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 21

Dalam pada itu, sensor ultrawide Galaxy Z Flip4 masih kekal seperti generasi sebelum ini dimana ianya adalah sensor 12MP 123⁰ yang mempunyai aperture f/2.2 dan masih dilihat mampu memberikan anda hasil gambar ultra lebar yang memuaskan.

Bagi kami, sistem dwi-kamera Samsung Galaxy Z Flip4 ternyata mampu memberikan anda pengalaman fotografi yang baik dan penggunaan sensor baru juga memberikan hasil gambar yang lebih berkualiti dan lebih teliti.

Pengambilan gambar pada cahaya persekitaran yang baik akan memberikan anda kualiti gambar setaraf telefon pintar flagship diluar.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 22

Selain itu, kami juga berpendapat bahawa fotografi malam pada telefon pintar ini juga memberikan gambar yang terang manakala potrait pada waktu malam juga tidak menjadi satu kekurangan.

Beralih kepada kamera selfie, ianya adalah sensor 10MP yang mempunyai fokus tetap dan dilihat mampu menawarkan gambar swafoto yang baik apabila diperlukan.

Walaubagaimanapun, kami berpendapat bahawa penggunaan sensor ini adalah sedikit terhad memandangkan sensor kamera utama juga boleh digunakan untuk mengambil gambar selfie yang lebih juga lengkap dengan previu.

Cukup dengan kata-kata dan biarkan gambar berbicara, ini adalah hasil gambar dari Samsung Galaxy Z Flip4.

Bateri

Satu lagi penambahbaikan yang dinantikan pada Galaxy Z Flip4 adalah dari segi bateri kerana bateri 3,300mAh pada Galaxy Z Flip3 ternyata tidak mencukupi untuk rata-rata pengguna.

Jawapan daripada Samsung adalah Galaxy Z Flip4 disertakan dengan bateri berkapasiti 3,700mAh yang kelihatan tidak besar namun ini bermaksud kapasiti telefon pintar flip ini telah ditambah sebanyak 33%.

Lebih mengagumkan adalah kapasiti bateri yang lebih besar ini dicapai tanpa sedikit pun mengubah rekaan dan ketebalan telefon pintar ini manakala berat hanya meningkat sekitar 3 gram.

Dengan kombinasi cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang lebih cekap tenaga, jangka hayat bateri pada Samsung Galaxy Z Flip4 dijangka adalah lebih baik namun kami masih ragu-ragu ianya mampu melalui satu hari penggunaan tanpa pengecasan.

Lebih baik, Samsung juga telah menyertakan pengecasan pantas 25W pada Galaxy Z Flip4 selepas hanya menawarkan pengecasan pantas 15W pada generasi sebelum ini dan dengan adapter 25W, anda boleh mengecas ke tahap 55% didalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit.

Selain pengecasan pantas 25W, Samsung Galaxy Z Flip4 juga menyokong pengecasan tanpa wayar 15W dan pengecasan Wireless PowerShare 15W.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 - telefon pintar flip yang lebih sempurna 39

Penutup

Samsung Galaxy Z Flip4 adalah telefon pintar flip yang telah memperbaiki kelemahan yang dimiliki Galaxy Z Flip3 dan ini menjadikanya sebagai satu telefon pintar flip yang lebih lengkap.

Samsung Galaxy Z Flip4 kini menawarkan pengguna sistem dwi-kamera yang lebih berkuasa, bateri yang tahan lebih lama dan pengecasan lebih pantas pada harga dari RM 4,099 iaitu RM 100 lebih tinggi berbanding Samsung Galaxy Z Flip3 (8/128GB)

Selepas menyaksikan permintaan luar biasa bagi Samsung Galaxy Z Flip3, generasi kali ini dijangka akan memperkukuhkan kedudukan Samsung Galaxy Z Flip4 sebagai telefon pintar foldable kompak paling popular dipasaran.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.