Harga Apple iPhone 14 Series dijangka meningkat antara $50 hingga $100
Apple iPhone 14 Series akan dilancarkan didalam masa kurang seminggu sahaja lagi dan kenaikan harga adalah sesuatu yang diperkatakan sejak beberapa bulan.
Dengan perubahan pada barisan model yang akan ditawarkan, beberapa penganalisa pasaran meramalkan harga model Pro bagi iPhone tahun ini akan meningkat sebanyak $100 namun TrendForce meramalkan kenaikan mungkin lebih rendah.
Lebih menarik, iPhone 14 mungkin $50 lebih murah berbanding generasi tahun lalu iaitu bermula dari $750 sebagai model paling murah, diikuti iPhone 14 Max pada harga $850.
Seterusnya, harga iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max pula akan meningkat antara $50 atau $100 (TrendForce mendakwa kenaikan adalah sebanyak $50).
Ini adalah kerana iPhone 14 Pro Series akan hadir dengan komponen yang lebih baik antaranya cip Apple A16, RAM LPDDR5, skrin paparan 120Hz LTPO dengan Always-On serta sistem Face ID baharu, sensor utama 48MP dengan rakaman video 8K dan sensor ultrawide yang baharu.
Dengan pelbagai penambahbaikan, Apple menjangkakan jualan yang kukuh bagi iPhone 14 Series.
Sama-sama kita nantikan pelancaran Apple iPhone 14 Series yang akan berlangsung pada 7 September ini.