Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V25e turut dilancarkan secara rasmi dengan cip Helio G99 – harga RM 1,399

A

vivo V25e turut dilancarkan secara rasmi dengan cip Helio G99 - harga RM 1,399 9

Selain vivo V25 5G, vivo juga telah memperkenalkan vivo V25e untuk pasaran Malaysia pada harga RM 1,399.

vivo V25e turut dilancarkan secara rasmi dengan cip Helio G99 - harga RM 1,399 10

vivo V25e tampil dengan reka bentuk yang hampir sama dengan kemasan Fluorite AG dan turut ianya memiliki skrin paparan 90Hz OLED berukuran 6.44-inci dengan resolusi FHD+ dan kecerahan maksima 1300nits.

vivo V25e dijana cip MediaTek Helio G99 , 8GB RAM + Extended RAM 3.0, storan dalaman 256GB dan antaramuka FunTouch OS 12.

vivo V25e turut dilancarkan secara rasmi dengan cip Helio G99 - harga RM 1,399 11

Beralih kepada kamera, vivo V25e memiliki sensor utama 64MP yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 2MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie 32MP dengan pemfokusan tetap.

Seterusnya, vivo V25e juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 44W FlashCharge dan ianya ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Diamond Black dan Sunrise Golf.

vivo V25e turut dilancarkan secara rasmi dengan cip Helio G99 - harga RM 1,399 12

vivo V25e kini ditawarkan pada harga RM 1,399 dan pra-tempahan kini dibuka sehingga 2 September ini dengan setiap pra-tempahan akan menerima kotak hadiah V25 Series, satu tahun lanjutan waranti dan Google Play Gift Card bernilai RM 20.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.