Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Canalys : Pasaran Telefon Pintar Asia Tenggara masih didominasi Samsung walaupun jualan berkurang

Canalys : Pasaran Telefon Pintar Asia Tenggara masih didominasi Samsung walaupun jualan berkurang 1

Canalys : Pasaran Telefon Pintar Asia Tenggara masih didominasi Samsung walaupun jualan berkurang 2

Laporan terbaru daripada Canalys bagi statistik pasaran telefon pintar Asia Tenggara mendedahkan jualan telefon pintar bagi suku kedua telah menurun sebanyak 7% kepada 24.5 juta unit berbanding suku pertama tahun ini.

Canalys : Pasaran Telefon Pintar Asia Tenggara masih didominasi Samsung walaupun jualan berkurang 3

5 pasaran terbesar di Asia Tenggara adalah Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Memfokuskan kepada pasaran Malaysia, Canalys mendakwa permintaan pasaran tempatan meningkat sebanyak 6% pada suku kedua dengan jualan sebanyak 2.4 juta unit.

Selain itu, Xiaomi kini kembali ke tempat pertama dipasaran Malaysia dengan 30% pegangan pasaran diikuti Samsung dengan 20%, vivo dan OPPO dengan 14% dan realme ditempat kelima dengan 8%.

Secara keseluruhan, Samsung masih mendominasi pasaran Asia Tenggara dengan 19% pegangan pasaran diikuti OPPO dengan 18%, disusuli Xiaomi, vivo dan realme.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.