Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy A23 – Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 1

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 2

Pengenalan

Umum diketahui bahawa Samsung Galaxy A Series mempunyai tiga model teras iaitu Samsung Galaxy A33 5G, Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G.

Walaubagaimanapun, sebagai memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, Samsung juga telah memperkenalkan Galaxy A23 yang tampil dengan harga bajet namun masih mampu tampil dengan spesfikasi yang berbaloi.

Samsung Galaxy A23 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999 dan ini adalah ulasan telefon pintar tersebut.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 3

Reka Bentuk

Seperti tahun sebelum ini, Samsung Galaxy A Series mewarisi sedikit sebanyak reka bentuk Galaxy S Series dan Samsung Galaxy A23 ini juga tampil dengan reka bentuk yang sama seperti model Galaxy A Series 2022 yang lain walaupun ianya merupakan model termurah didalam keluarga ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 4

Samsung Galaxy A23 hadir dengan panel yang diperbuat daripada plastik dengan kemasan yang berkilat namun menariknya adalah kesan capjari tidak mudah kelihatan pada unit ulasan kami yang tampil didalam warna Awesome Peach.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 5

Beralih kepada bahagian sisi, rangka Galaxy A23 juga diperbuat daripada plastik dengan warna yang lebih ‘pekat’ berbanding warna panel belakang.

Samsung Galaxy A23 juga disertakan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 yang memberikan ketahanan tinggi kepada telefon pintar namun hanya pada panel hadapan.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 6

Selain itu, pada bahagaian hadapan juga terdapat reka bentuk skrin dengan takukan V yang menempatkan kamera selfie dan sisi skrin juga dikelilingi dengan bezel yang agak tebal terutamanya pada bahagian atas dan bawah. Ini adalah sesuatu yang biasa dilihat pada telefon pintar seperti ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 7

Pada sisi kanan, Samsung Galaxy A23 juga mempunyai butang kelantangan bunyi dan butang kuasa yang turut mempunyai fungsi sebagai sensor capjari manakala pada bahagian bawah, terdapat slot USB-C, bicu audio 3.5mm dan gril pembesar suara serta mikrofon.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 8

Dalam pada itu, sisi kanan peranti ini mempunyai slot SIM yang menyokong dua kad SIM dan microSD serentak tanpa menggunakan solusi hibrid.

Walaupun mempunyai profil yang agak besar, Samsung Galaxy A23 amat selesa untuk digunakan namun dengan berat 195 gram.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 9

Skrin Paparan

Samsung Galaxy A23 tampil dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan resolusi FHD+.

Panel ini juga mempunyai takukan berbentuk V yang boleh dikatakan sebagai rekaan lama namun pada tahap harga ini, ianya sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Kelebihan terbesar panel skrin ini adalah lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 yang memberikan perlindungan tambahan.

Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy A23 tidak mempunyai sensor kedekatan (proximity) dan sensor cahaya persekitaran yang mungkin mendatangkan masalah ketika panggilan (skrin lambat untuk terpadam) dan kecerahan skrin yang tidak konsisten dengan cahaya persekitaran.

Selain itu, Samsung Galaxy A23 juga menyokong dua mod kadar segar semula iaitu Standard yang menawarkan kadar 60Hz sepanjang masa dan Adaptive yang memberikan kadar sehingg 90Hz mengikut kandungan yang dipaparkan pada skrin.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 10

Pemproses

Samsung Galaxy A23 tampil dengan cip kelas entry level daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 680 yang diperbuat melalui proses fabrikasi 6nm oleh TSMC.

Cip Snapdragon ini juga disertakan dengan GPU Adreno 610 yang telah lama berada digunakan dan terdapat 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Seterusnya, pujian harus diberikan kepada Samsung kerana menawarkan antaramuka terbaru mereka pada Samsung Galaxy A23 iaitu OneUI 4.1 yang berasaskan Android 12 namun beberapa ciri premium yang lebih ‘ berat’ tidak disertakan pada model ini dan ini adalah untuk memastikan operasi peranti yang lebih lancar.

Secara keseluruhanya, Cip ini menjanjikan prestasi yang baik sesuai dengan kemampuan cipset ini namun ianya sudah pastinya mempunyai had kemampuan yang patut pengguna sedar sebagai sebuah peranti kelas entry-level.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 11

Kamera

Samsung Galaxy A23 tampil dengan 4 sensor kamera dibahagian belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 12

Paling mencuri tumpuan adalah sensor utama 50MP yang mana ianya mempunyai aperture f/1.8 dan turut mempunyai OIS untuk kualiti gambar yang lebih baik tanpa kekaburan.

Seterusnya, sensor ultrawide juga dilihat masih boleh digunakan untuk fotografi pada resolusi 5MP manakala dua lagi sensor iaitu sensor depth dan makro dilihat sebagai sensor ‘cukup syarat’ sahaja.

Hasil gambar daripada sensor 50MP yang dimiliki Samsung Galaxy A23 ternyata lebih baik berbanding kebanyakkan peranti pada kelas harga yang sama. Hampir semua gambar yang diambil melalui sensor ini mempunyai kualiti yang baik namun ianya masih bergantung kepada cahaya persekitaran yang baik.

Selain itu, gambar dari sensor ultrawide dilihat mampu menyamai apa yang terhasil dari sensor utama namun kualiti adalah dan ketelitian adalah tidak setaraf.

Sensor makro 2MP membolehkan anda mengambil gambar jarak dekat yang hasilnya adalah tidak konsisten dan agak kabur walaupun cahaya persekitaran sangat baik.

Secara keseluruhan, kamera Samsung Galaxy A23 mampu memberikan anda pengalaman fotografi terbaik khususnya dengan sensor 50MP yang memiliki OIS.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 21

Bateri

Samsung Galaxy A23 tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang merupakan kapasiti standard pada telefon pintar sejak kebelakangan ini dan ianya mampu menawarkan jangka hayat bateri yang baik pada telefon pintar ini dengan gandingan cip Qualcomm Snapdragon 680 yang sangat cekap tenaga.

Seperti telefon pintar lain didalam Galaxy A Series, Samsung Galaxy A23 juga menyokong pengecasan pantaz 25W namun hanya pengecas 15W disertakan.

Dengan menggunakan adapter yang disertakan, pengecasan penuh dilihat akan mengambil masa melebihi 1 jam 30 minit yang agak perlahan apabila dibandingkan dengan kebanyakkan model dalam tahap harga yang sama.

ULASAN : Samsung Galaxy A23 - Peranti Entry-Level dengan kamera 50MP yang mempunyai OIS 22

Penutup

Samsung Galaxy A23 adalah satu lagi model Galaxy A Series yang berkemampuan namun spesfikasi yang ditawarkan dilihat tidak memadai dengan harga yang ditawarkan.

Kebanyakkan pengeluar telefon pintar dipasaran juga mampu menawarkan spesfikasi yang hampir sama seperti telefon pintar Samsung ini namun pada harga yang lebih murah.

Walaubagaimanapun,kelebihan pada Samsung Galaxy A23 adalah dari segi kamera utama 50MP yang mempunyai OIS dan antaramuka OneUI yang terkini.

Jika anda mencari telefon pintar kelas entry level dengan jenama Samsung yang lebih popular, Galaxy A23 mungkin telefon pintar yang anda cari.

Samsung Galaxy A23 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.