OxygenOS 13 diumumkan secara rasmi dengan reka bentuk Aquamorphic
Bersama-sama pelancaran OnePlus 10T 5G, OnePlus juga telah memperkenalkan generasi baharu OxygenOS iaitu OxygenOS 13.
OnePlus 10T 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 1 September 2022
OxygenOS 13 akan berasaskan Android 13 yang mempunyai UI dan ciri baharu dengan pelancaran pada lewat tahun ini.
OxygenOS 13 akan tampil dengan antaramuka yang berinspirasikan air yang dikenali sebagai Aquamorphic Design dan ia menghasilkan visual dan ikon dengan sisi bulat.
Selain itu, satu lagi ciri menarik pada OxygenOS 13 adalah warna UI akan menjadi lebih gelap apabila hari berlalu dan lebih mirip kepada ColorOS yang digunakan pada peranti OPPO.
Dalam pada itu, OxygenOS 13 bersama Android 13 juga akan membawakan pelbagai ciri baharu seperti Spatial audio, sokongan Dolby Atmos, penambahbaikan ciri Nearby Share dan App Streaming.
OxygenOS 13 akan ditawarkan pada OnePlus 10 Pro terlebih dahulu sebelum ke OnePlus 10T 5G dan model OnePlus Nord Series yang terpilih.
Buat masa ini masih belum sebarang maklumat bila OxygenOS 13 akan ditawarkan kepada pengguna OnePlus.