Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10T 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 1 September 2022

OnePlus 10T 5G yang dilancarkan untuk pasaran lewat malam tadi juga telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Pihak OnePlus Malaysia telah mengesahkan secara rasmi bahawa telefon pintar flagship OnePlus 10T 5G akan mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia pada 1 September namun harga jualan akan diumumkan pada 18 Ogos ini.

OnePlus 10T 5G merupakan telefon pintar pertama OnePlus yang dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan ianya turut dilengkapi teknologi pengecasan pantas 150W SUPERVOOC Endurance Edition.

OnePlus 10T 5G di Malaysia dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Jade Green dan Moonstone Black.

Sama-sama kita nantikan pengumuman harga OnePlus 10T 5G di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.